Latest Music :
Blog by AAR. Powered by Blogger.

Pages

Latest Post

Belia Active

Sejak akhir-akhir nie Az rajin betol naik turun Broga (nama bukit di kawasan Semenyih)... Bukan ape, tapi dari mengadap laptop & bermetafora sendirian, kadang2 elok jugak buat sesuatu yg menyihatkan tubuh badan betol tak...??

Belia zaman sekarang ramai yang ketandusan cerdas pemikiran sebab otak terperap je kat rumah (sape makan cili die terase pedas...heheheh)....

Why not, kadang2 kte kluar & mengaktifkan minda dan fizikal kita seketika.... Tak tau ape nak buat?? Jom Az senaraikan beberapa idea bg korg yg ketandusan idea...


Hill/Wall Climbing

Setakat nie Az n the geng blom lg prgi wall climbing, tp kalau setakat bukit tu boleh la kan.... Panjat bukit nie bukan perlu ade equipment lengkap macam pendaki2 profesional pon... cukup la ade kasut sport, sluar track, & STAMINA da boleh da jalan... Az cadangkan Broga bg korg2 yang bleom try lg... mule2 naik memang la penat beb... Tp ble da smpai atas... Puas hati tk terkata...


Bukit Broga
P/S- jgn lupa bwk kamera, air minum & paling penting, buang air sebelom panjat(atas bukit mne ade tandas...)

Berbasikal

Ape gune kalau korg beli basikal fixie mahal2 kalau buat show kat rumah je.... Petang-petang rajinkan lah diri korg ajak basikal korg tu jln2.... kate org... jauh perjalanan luas pengalaman....
Tau tak yang dengan berbasikal satu jam sehari, korg dapat membakar sehingga 1000 kalori sehari... Soooo ape tggu lg? cepat kayuh basikal!!! Fuh fuh fuh!!!




Dance


Aku minat menari... my fav dancer... Adam Sevani... Kenal tak?? Alaaa.... plakon Step Up tu....Nak menari bukan perlu jd profesional pon... cukuplah untuk membuatkan jiwa rasa bebas sambil bersenam...





Martial Arts

Angkat tnggan siape yg ade blajar martial arts.... Zaman sekarang martial arts nie penting bg mempertahankan diri dari segala musibah jenayah yang menimpa... Taekwondo merupakan pilihan Az sejak sekolah.... Tp sayang, bru sampai belt merah da brhenti sebab kat U takde kelab Taekwondo (hmmmm... sbnarnye ade... tp mls join sbb da bnyak lupa step...) Antara martial arts lain termasuklah Judo, Silat, Muay Thai, ngan Wushu....



Skateboard & Rollerblades

Yang nie memang menarik minat golongan remaja muda... Belia negara kita masih lg ketingalan tentang sukan nie... Memang susah la nak cari penganti Tony Hawk kat Malaysia...  Bagi Az di Malaysia patot menyediakan lebih banyak tapak-tapak latihan skateboard & rollerblades... Takkan nak main atas tar kot? sekali terseret, habis berparut... Dari belia kita dok merempit tak tentu pasal... lagi baik kte main skateboard... Risiko kurang, bajet kurang, sihat bertambah.... hahahah







Sebenarnye banyak lagi aktiviti lain yang berfaedah mcm memancing, berenang, parkour, dan banyak lagi aktiviti lain selain bersukan bagi mencerdaskan minda... Tapi Az mls post panjang2 sbb klaz da nak mula.... Daaa~~



Chief Regards

Sorry 4 all who are waiting for our post.... (hopefully someone is waiting)

Buzy skit sejak akhir-akhir nie.... maklumla.... Masuk semestar baru, Semangat baru, Azam pon baru...

Glad we pass all our paper this sem with 3pointer above.... Alhamdllah.... Risau jugak bila dengar kawan-kawan ramai yang fail paper....

Btw, we all bloggers in Trend Lelaki will try our best to manage this blog 4 u guys....
Support us okay.... =)

A.A.R (Trend Lelaki Chief Editor)

Varsity Jacket

Varsity Jacket, Letterman Jacket atau Baseball Jacket semakin popular dikalangan remaja malaysia...
Walaupon cuaca di Malaysia nie lebih mendorong kita kearah summer t-shirt, trend is trend....  Lets go 4 Trend Guys.... hahahah...(evil laugh)







Okay back 2 the topik.....
Varsity Jacket nie sebenarnye da lame menjadi trend di kalangan remaja-remaja di negara-negara sejuk seperti US, UK & Korea.... Cuma, apa yg dapat dilihat, sejak kemunculan K-Pop... Trend Varsity Jacket nie semakin mencanak naik dikalangan belia remaja Malaysia....





Kita boleh tngok kat Pavi or TimesSquare bersepah-sepah anak muda(bukan anak ikan ek...) yang memakai varsity jacket nie... Sepanjang pemerhatian Az di Kuching, Ibu Kota Sarawak, Az kagum jugak melihat anak-anak muda sini tidak kurang hebatnya dengan trend baru nie...

Mengayakan Varsity Jacket yang warna warni memang style bagi pandangan kami di Az... Di Uni pon skrang da ramai org pakai g kelas... Almaklum la.... kelas sejuk macam nak beku (serius tak tipu... UiTM memang tak kedekut aircon...)
Ia sesuai dipakai bersama t-shirt & jeans ataupon kemeja with tie.... look totally smart British....





Ape yang menariknye tentang Jacket nie ialah ia sesuai dipakai oleh lelaki mahupon wanita... senang cerita, unisex.... Ade la jugak Az teringin nak usulkan design baju nie utk Fakulti Az... tp sayang.... Mahal beb.... mane ade semua org mampu.....range harga Rm60-Rm90 sehelai... (lagi2 nak jual dekat student akaun... semua berkira....) hahahahah (evil laugh again)...

Antara artis or seleb yang popular dengan jacket nie adalah seperti Zayn Malik(One Direction), Bruno Mars, dan Justin Bieber.....





My advise to all Malaysian... Don't wear this outfit if U outdoor with sun.... Berkuah la jawabnye nanti...

My Fav Colour....




Baju Kotak-Kotak

Fesyen baju kotak-kotak kembali... Kalau dulu time Az sekolah menengah (2000), cikgu Az pernah gelar Az old fashion boy sebab Az suke pakai baju kotak-kotak g kelas malam... Kawan-kawan Az plak kte Az macam pakcik-pakcik... Almaklum la.... Time tu baju kotak-kotak nie banyak pakcik-pakcik sezaman P.Ramlee je yg suke pakai...

 

Tapi sekarang time 2 rock again with boxes shirt....hahahahah (ape punya bahasa la...) Fesyen ini lebih dikenali sebagai Chequered or Plaid Shirt Fashion... Baju nie mule menjadi trend kembali di kalangan remaja sejak 2011 sehingga kini....


Brand-brand terkemuka macam Giordano,TopMen, Padini dan banyak lagi jenama terkemuka berlumba-lumba mengetengahkan fesyen ini...

Fesyen ini sanggat simple dan sesuai dipakai bersama jeans, slack, ataupon shorts.... dipadankan lagi dengan kasut Converse... Memang sesuai....hahahah...

Pernah sekali time dinner Az pakai fesyen nie... 
Baju warna turquoise+putih lengan panjang yang dilipat sampai siku...
Seluar Louis putih...
Vest putih same kaler dengan seluar...
Simple.... Tp.... Bangge siot rmai org puji.... (popular sekejap ramai org nak ambik gambar) hahahahah


Pe-pe pon baju nie memang smart.... Tp pastikan kene dengan gaya dan warnanya....






Produk Penjagaan Muka

Muka lelaki kebiasaannya mengeluarkan 20% lebih kadar minyak daripada kulit muka wanita... Jika hal ini tidak dijaga, masalah jerawat kan bintik hitam akan berlaku... Lelaki kebiasaannya dicadangkan mencuci muka 2 kali sehari iaitu sebelum titur dan selepas bangun dari tidur...

Berbalik pada topik.... Produk penjagaan muka bagi lelaki terbahagi kepada empat produk utama iaitu, pencuci muka, toner, krim malam dan moisturizer....

Tapi biasala... Lelaki kan biasanya nak cepat dan malassss..... Jd kalau nak guna pencuci muka sahaja da cukup bagi jenis kulit muka biasa....(Az pon pkai pencuci muke aje)

Tp tak salah kalau nak cube skali sekala kan.... Jd today Az nak discuss beberapa jenis produk penjagaan muka lelaki...




Pencuci Muka


Pencuci muka lelaki biasanya terdapat banyak jenis yang bertindak mengikut kesesuaian kulit muka tertentu... Kalau nak mencari pencuci muka, ketahui dahulu jenis kulit muka anda... Tp kalau tidak pasti, lebih elok lah anda beli pencuci muka untuk kulit muka biasa sahaja....






Toner


Toner berfungsi bagi membuang segala minyak dan kekotoran di muka, selain itu toner juga bertindak sebagai pengetat liang-liang di muka untuk mengelakkan bintik hitam... Toner biasanya digunakan sebelum keluar rumah atau selepas mandi... Bagi sesiapa yang malassss sanggat nak mencuci muka, toner boleh dijadikan sebagai penganti pencuci muka.... Cara mengunakan toner ialah letakkan toner pada kapas muka (Boleh beli dekat Watson atau Guardian) dan sapu pada kulit muka yang kering...







Moisturizer


Moisturizer bertindak sebagai pelembab kulit bagi mereka yang mempunyai kulit muka yang kering...
Ia juga elok bagi anda yang bekerja didalam penghawa dingin dalam jangka masa yang lama... Terdapat juga banyak jenis perlembab termasuklah anti pernuaan, kulit sensitif dan macam-macam lagi untuk membantu meningkatkan dan menjaga kulit... Warning-Jangan sapu Moisturizer pada bahagian mata...









Krim Mata


Haaaa... Nie adalah sebab kenapa Az tak bagi sapu Moisturizer pada bahagian mata.... Bahagian kelopak kulit mata memerlukan produk khas untuk digunakan.... ini adalah kerana kulit dibahagian mata lebih sensitif daripada kulit muka... bagi mereka yang mempunyai masalah di bahagian mata seperti hitam dibahagian mata atau kulit bahagian mata kendur, boleh mengunakan krim mata...








Scrub Muka


Pernah dengar tentang Scrub?? Mestilahkan... Scrub ini lebih kurang bentuknya seperti pencuci muka tetapi lebih berbiji dan kasar... Fungsi Scrub adalah untuk membuang sel-sel mati pada kilit dan juga daki... Warning- Jangan guna scrub setiap hari kerana ia boleh merosakkan kulit muka... dicadangkan scrub diguna hanya 1 atau 2 kali seminggu...







 





Topeng Muka

Okay.... topeng nie bukan macam topeng Power Rangers or yang seangkatan denganya k.... Topeng muka nie kurang mendapat sambutan dikalangan lelaki sebab kalau apply topeng muka nie kita perlu tunggu dan rehat menenangkan pikiran..... lelaki mana boleh duduk diam sekejap.... Kita kan banyak tanggung jawab... betol tak??? (Alasan.... pergi memancing boleh plak dok diam tggu ikan.... Jd sambil memancing nanti boleh la apply face mask ek...) Topeng muka nie boleh dibeli atau pon dibuat sendiri menggunakan bahan asas dirumah.... Nanti ada masa Az update cara buat face mask ek...








Krim Malam


Krim Malam digunakan sebelum tidur selepas pengunaan toner.... Krim malam ini fungsinya untuk membentuk sel-sel baru kulit selain menegangkan otot-otot muka untuk kelihatan lebih awet muda...





 Foam Pencukur Dan Krim Selepas Bercukur

Okay foam pencukur digunakan untuk melancarkan proses mencukur, untuk mengelakan dari luka atau tersekat-sekat ketika mencukur... Manakala Krim selepas bercukur nie digunakan selepas anda bercukur... Kalau selepas bercukur kadang-kadang kulit muka akan kemerah-merahan dan gatal... Jadi bagi mengelakan masakah ini krim selepas bercukur adalah penyelesaiannya....



Walau bagaimanapon.... Bukan semua perlu digunakan.... Ikut la kemampuan bajet dan masa yang anda ada.... Bagi Az da ada pencuci muka dan scrub je d cukup baik....

Kamera Mirrorless

Kamera mirrorless kini semakin popular dan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan peminat-peminat kamera.... Kenapa ramai sanggat org nak kamera mirrorless nie?? Sebabnya kemera nie mempunyai fungsi dan kualiti gambar yang hampir sama dengan kamera DSLR, dan lebih kecil dan ringan dari DSLR...


Kamera nie sesuai untuk sesiapa yang mahukan kualiti gambar terbaik tetapi tidak mahu bawak DSLR sebab berat dan mahal sanggat2....

Antara jenama kamera mirrorless ini yang popular adalah...

  1. Leica M
  2. Micro Four-Third: Olympus OMD dan PEN
  3. Micro four third: Panasonic G
  4. Samsung NX
  5. Sony NEX
  6. Nikon 1
  7. Pentax Q dan K
  8. Fujifilm X
 Harga??? Sudah tentu la mirrorless lg murah... Tapi tengok jugak kualiti dan speks yang ditawarkan... Rm1500-Rm3000 da boleh dapat mirrorless dalam kualiti yang baik kalau nak dibandingkan dengan DSLR yang ade hampir mencecah Rm5000...




Fesyen Nostalgia

Fesyen sentiasa mengikut aliran zaman dan trend semasa.... Ingat lagi tak time zaman 70an-80an dulu org popular dengan seluar kembang dan rambut ala-ala Alley Cats... Baju kotak-kotak macam zaman P Ramlee... Sronok jugak kalau sekali sekala semak-semak fesyen zaman dlu nie.... Boleh buat idea kalau nak gi dinner yang bertemakan Nostalgia atau Disko.... Almaklum la.... Az lahir zaman awal 90an, time tu fesyen da dikira moden da.....

Antara fesyen-fesyen terkenal zaman dulu termasuk la Hippies, Rock Kapak, Disko, Turtleneck,
Parachute pants, Punk, Preppy dan banyak lg.....




 


Artis-artis Malaysia turut tidak terlepas dari perkembangan fesyen....











 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TL - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger