Latest Music :

Baju Kotak-Kotak

Fesyen baju kotak-kotak kembali... Kalau dulu time Az sekolah menengah (2000), cikgu Az pernah gelar Az old fashion boy sebab Az suke pakai baju kotak-kotak g kelas malam... Kawan-kawan Az plak kte Az macam pakcik-pakcik... Almaklum la.... Time tu baju kotak-kotak nie banyak pakcik-pakcik sezaman P.Ramlee je yg suke pakai...

 

Tapi sekarang time 2 rock again with boxes shirt....hahahahah (ape punya bahasa la...) Fesyen ini lebih dikenali sebagai Chequered or Plaid Shirt Fashion... Baju nie mule menjadi trend kembali di kalangan remaja sejak 2011 sehingga kini....


Brand-brand terkemuka macam Giordano,TopMen, Padini dan banyak lagi jenama terkemuka berlumba-lumba mengetengahkan fesyen ini...

Fesyen ini sanggat simple dan sesuai dipakai bersama jeans, slack, ataupon shorts.... dipadankan lagi dengan kasut Converse... Memang sesuai....hahahah...

Pernah sekali time dinner Az pakai fesyen nie... 
Baju warna turquoise+putih lengan panjang yang dilipat sampai siku...
Seluar Louis putih...
Vest putih same kaler dengan seluar...
Simple.... Tp.... Bangge siot rmai org puji.... (popular sekejap ramai org nak ambik gambar) hahahahah


Pe-pe pon baju nie memang smart.... Tp pastikan kene dengan gaya dan warnanya....






Produk Penjagaan Muka

Muka lelaki kebiasaannya mengeluarkan 20% lebih kadar minyak daripada kulit muka wanita... Jika hal ini tidak dijaga, masalah jerawat kan bintik hitam akan berlaku... Lelaki kebiasaannya dicadangkan mencuci muka 2 kali sehari iaitu sebelum titur dan selepas bangun dari tidur...

Berbalik pada topik.... Produk penjagaan muka bagi lelaki terbahagi kepada empat produk utama iaitu, pencuci muka, toner, krim malam dan moisturizer....

Tapi biasala... Lelaki kan biasanya nak cepat dan malassss..... Jd kalau nak guna pencuci muka sahaja da cukup bagi jenis kulit muka biasa....(Az pon pkai pencuci muke aje)

Tp tak salah kalau nak cube skali sekala kan.... Jd today Az nak discuss beberapa jenis produk penjagaan muka lelaki...




Pencuci Muka


Pencuci muka lelaki biasanya terdapat banyak jenis yang bertindak mengikut kesesuaian kulit muka tertentu... Kalau nak mencari pencuci muka, ketahui dahulu jenis kulit muka anda... Tp kalau tidak pasti, lebih elok lah anda beli pencuci muka untuk kulit muka biasa sahaja....






Toner


Toner berfungsi bagi membuang segala minyak dan kekotoran di muka, selain itu toner juga bertindak sebagai pengetat liang-liang di muka untuk mengelakkan bintik hitam... Toner biasanya digunakan sebelum keluar rumah atau selepas mandi... Bagi sesiapa yang malassss sanggat nak mencuci muka, toner boleh dijadikan sebagai penganti pencuci muka.... Cara mengunakan toner ialah letakkan toner pada kapas muka (Boleh beli dekat Watson atau Guardian) dan sapu pada kulit muka yang kering...







Moisturizer


Moisturizer bertindak sebagai pelembab kulit bagi mereka yang mempunyai kulit muka yang kering...
Ia juga elok bagi anda yang bekerja didalam penghawa dingin dalam jangka masa yang lama... Terdapat juga banyak jenis perlembab termasuklah anti pernuaan, kulit sensitif dan macam-macam lagi untuk membantu meningkatkan dan menjaga kulit... Warning-Jangan sapu Moisturizer pada bahagian mata...









Krim Mata


Haaaa... Nie adalah sebab kenapa Az tak bagi sapu Moisturizer pada bahagian mata.... Bahagian kelopak kulit mata memerlukan produk khas untuk digunakan.... ini adalah kerana kulit dibahagian mata lebih sensitif daripada kulit muka... bagi mereka yang mempunyai masalah di bahagian mata seperti hitam dibahagian mata atau kulit bahagian mata kendur, boleh mengunakan krim mata...








Scrub Muka


Pernah dengar tentang Scrub?? Mestilahkan... Scrub ini lebih kurang bentuknya seperti pencuci muka tetapi lebih berbiji dan kasar... Fungsi Scrub adalah untuk membuang sel-sel mati pada kilit dan juga daki... Warning- Jangan guna scrub setiap hari kerana ia boleh merosakkan kulit muka... dicadangkan scrub diguna hanya 1 atau 2 kali seminggu...







 





Topeng Muka

Okay.... topeng nie bukan macam topeng Power Rangers or yang seangkatan denganya k.... Topeng muka nie kurang mendapat sambutan dikalangan lelaki sebab kalau apply topeng muka nie kita perlu tunggu dan rehat menenangkan pikiran..... lelaki mana boleh duduk diam sekejap.... Kita kan banyak tanggung jawab... betol tak??? (Alasan.... pergi memancing boleh plak dok diam tggu ikan.... Jd sambil memancing nanti boleh la apply face mask ek...) Topeng muka nie boleh dibeli atau pon dibuat sendiri menggunakan bahan asas dirumah.... Nanti ada masa Az update cara buat face mask ek...








Krim Malam


Krim Malam digunakan sebelum tidur selepas pengunaan toner.... Krim malam ini fungsinya untuk membentuk sel-sel baru kulit selain menegangkan otot-otot muka untuk kelihatan lebih awet muda...





 Foam Pencukur Dan Krim Selepas Bercukur

Okay foam pencukur digunakan untuk melancarkan proses mencukur, untuk mengelakan dari luka atau tersekat-sekat ketika mencukur... Manakala Krim selepas bercukur nie digunakan selepas anda bercukur... Kalau selepas bercukur kadang-kadang kulit muka akan kemerah-merahan dan gatal... Jadi bagi mengelakan masakah ini krim selepas bercukur adalah penyelesaiannya....



Walau bagaimanapon.... Bukan semua perlu digunakan.... Ikut la kemampuan bajet dan masa yang anda ada.... Bagi Az da ada pencuci muka dan scrub je d cukup baik....

Kamera Mirrorless

Kamera mirrorless kini semakin popular dan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan peminat-peminat kamera.... Kenapa ramai sanggat org nak kamera mirrorless nie?? Sebabnya kemera nie mempunyai fungsi dan kualiti gambar yang hampir sama dengan kamera DSLR, dan lebih kecil dan ringan dari DSLR...


Kamera nie sesuai untuk sesiapa yang mahukan kualiti gambar terbaik tetapi tidak mahu bawak DSLR sebab berat dan mahal sanggat2....

Antara jenama kamera mirrorless ini yang popular adalah...

  1. Leica M
  2. Micro Four-Third: Olympus OMD dan PEN
  3. Micro four third: Panasonic G
  4. Samsung NX
  5. Sony NEX
  6. Nikon 1
  7. Pentax Q dan K
  8. Fujifilm X
 Harga??? Sudah tentu la mirrorless lg murah... Tapi tengok jugak kualiti dan speks yang ditawarkan... Rm1500-Rm3000 da boleh dapat mirrorless dalam kualiti yang baik kalau nak dibandingkan dengan DSLR yang ade hampir mencecah Rm5000...




Fesyen Nostalgia

Fesyen sentiasa mengikut aliran zaman dan trend semasa.... Ingat lagi tak time zaman 70an-80an dulu org popular dengan seluar kembang dan rambut ala-ala Alley Cats... Baju kotak-kotak macam zaman P Ramlee... Sronok jugak kalau sekali sekala semak-semak fesyen zaman dlu nie.... Boleh buat idea kalau nak gi dinner yang bertemakan Nostalgia atau Disko.... Almaklum la.... Az lahir zaman awal 90an, time tu fesyen da dikira moden da.....

Antara fesyen-fesyen terkenal zaman dulu termasuk la Hippies, Rock Kapak, Disko, Turtleneck,
Parachute pants, Punk, Preppy dan banyak lg.....




 


Artis-artis Malaysia turut tidak terlepas dari perkembangan fesyen....











Fesyen Seluar Londeh

Raja Seluar Londeh
Adakah memakai seluar londeh ini trend bagi golongan remaja sekarang...?? Fesyen seluar londeh, baggy pants atau lebih dikenali sebagai Sags Fashion diketengahkan seawal tahun 1970-an oleh budaya barat... Pakai seluar menampakkan boxer yang warna warni.... kalau boxer mahal tkpe la jugak... nie boxer cam ayam.... lagi- lagi boxer da berlubang.... malunye.... Az pon remaja, tp Az rse mcm tak selese je pkai seluar mcm tu... Skali terlondeh habis semue terdedah....

Kawan-kawan Az pon ramai yang ikut trend nie.... Kadang-kadang naik menjampah pon ade.... Tp da kawan, biarkan je la.....

Tau tak sejarah Sags Fashion nie??? Haaa.... Banyak sumber mengatakan mengenai sejarah fesyen ini tetapi menurut seorang Profesor Sejarah Budaya di Amerika Syarikat, Sags Fashion nie sebenarnya satu budaya dari barat yang dibawa oleh banduan-banduan penjara ketika itu....

Seperti yang kita sedia maklum.... Aktiviti sonsang kerap kali berlaku di penjara-penjara bagi memuaskan nafsu sesama banduan di penjara.... Maka lahirlah banduan-banduan yang provide perkhidmatan seks sejenis.....Jadi, untuk membezakan diri mereka dari banduan lain, diorang pakai seluar londeh sampai menampakkan underwear mereka.... Bagi signal la, nak bagitahu diri mereka ni boleh jadi pemuas nafsu buas banduan2 lain....

Setelah sekian lame... budaya itu ditiru oleh gangster-gangster kulit hitam jalanan dan dibawa ke dalam budaya Hip Hop mereka.....

Haaaa.... Sekarang da tau kan.... Jadi bgi mereka-mereka yg ingin mencuba fesyen nie pikir la dua tiga kali dulu yee.... Takut nnt fesyen tu disalah anggap pulak oleh orang lain.... Tak pasal-pasal nnt merana seumur hidup..... hahahahah....

 Artis pon tak terlepas dari fesyen nie.... Artis Malaysia ade tak????

Zayn Malik (One Direction)

Zac Efron

Justin Bieber (Raja SAGS)

6 pack Guide



Mendapatkan body 6 pack memang menjadi idaman lelaki... Body 6 pack ala-ala model memang menampakkan ciri-ciri lelaki idaman....

Cakap je pasal 6 pack mesti pikir pasal senaman kan.... Tp sebenarnya 6 pack nie bukan sahaja memerlukan makanan tetapi penjagaan rutin lain jugak...

Ramai remaja sekarang nie walaupun body okay tapi 6 pack tak muncul-muncul.... Haaaa.... npe ek?? Nak kte badan berlemak pdahal takde la berlemak sangat pon.... Nak kte kurus kering ade la macam papan playwood....



Okay..... Skarg Az nak bg guide macam mne cara nak menjaga body bagi mendapatkan 6 pack seperti yang diidam-idamkan....



First- Pemakanan
Pemakanan adalah aspek penting untuk mendapatkan perut  6pack.
Tips-

  • Makanlah lebih sering, 5-6 kali sehari untuk meningkatkan metabolisme tubuh anda. Tapi jangan makan dalamkuantiti yang banyak... Lebihkan diet snek atau buah-buahan...
  • Tambahkan makanan tinggi protein, kurangi makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak.
  • Makanlah makanan sehat yang cukup. Jika makan terlalu sedikit, maka otot Anda akan menyusut. Sedangkan bila makan terlalu banyak, maka perut Anda akan tertutup oleh lapisan lemak sehingga perut sixpack Anda pun tidak akan terlihat.


Second-Senaman
Tips-
  • Lakukan latihan secara rutin. Kalau boleh tetapkan sekurang-kurangnya 8minit sehari untuk work out.
  • Lakukan latihan dengan teknik dan gerakan latihan yang baik, agar pembentukan otot perut tidak cedera....


Third-Rehat
Tips-

  • Hindari berlatih secara berlebihan untuk mencegah overtraining.Ingat!!! overtraning boleh mencederakan otot anda...
  • Tidurlah yang cukup karena hormon yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otot anda akan keluar saat tidur.... Tapi jangan la pulak smpai tido sepuluh jam sehari dengan alasan nak menambahkan otot.... Tu bukan tmbah otot tp boleh tmbah lemak.... heheheheh


Last-Suplement
Tips-
  • Suplemen juga diperlukan jika ingin memiliki six pack. 
  • Suplemen seperti serbuk minuman protein amat berguna buat individu yang mahu mengekalkan six pack. 
  • Mungkin anda terpaksa membelanjakan sekitar RM300 hingga RM500 sebulan bagi perbelanjaan suplemen ini. 
  • Tp........ Ingat!!! Kebanyakkan suplement mempunyai kesan jangka masa panjang.... Cara yang terbaik lakukan secara semulajadi, senaman dan penjagaan permakanan da cukup...


Okay stakat ini saje post kli nie.... Next time Az post plak the best plan utk senaman dan food plan utk 6 pack k.... chario....

Jenama Kegilaan Remaja

aKalau nak carik outfits apa kedai yang menjadi pilihan anda.... Bagi remaja lelaki zaman kini jenama turut memainkan peranan penting dalam menambahkan koleksi pakaian.... Walaupon di Uptown berlambak baju-baju tiruan jenama mahal-mahal tetapi apabila dapat beli baju yang ori mesti bangga dan puas hati betol tak.... Bukan nak riak... tetapi memang sudah terbukti baju-baju berjenama lebih berkualiti dan mengunakan fabrik yang selesa....

Soooo.... kali ini Az nak post beberapa jenama yang popular dikalangan remaja....

Kasut
Nike,Converse,Adidas,Lacoste, Puma






Baju
Quicksilver, Tropicana Life, Wild Channel, Radio Active, Hotto Windo, Topman








Denim
Louis, Levi's,Calvin Klein,Diesel, Lee, Wrangler  































 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TL - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger