Latest Music :
Home » » Jenis Kulit Muka Lelaki

Jenis Kulit Muka Lelaki

Wednesday 23 January 2013 | 0 comments

Sekarang terdapat terrrrlalu banyak produk penjagaan kulit muka bagi lelaki di Malaysia... bila nak pilih persoalan pertama mestilah produk mana yg terbaik.... Sebenarnya memilih produk penjagaan muka bukanlah hanya bedasarkan jenama semata-mata tetapi turut perlu mengambil kira aspek jenis kulit muka si pemakai... Ramai diantara kita yang sering kali salah memilih produk terbaik yang bersesuaian dengan kulit muka kita....




Jadi post hri ini Az nak bincang jenis-jenis kulit muka bagi lelaki...

Normal/Biasa
Minyak atau sebum di permukaan kulit muka adalah rendah. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Ini merupakan jenis kulit muka yang terbaik.
Penjagaan: Gunakan pencuci muka biasa 2 kali sehari dengan diurut menghala ke atas...

Dry/Kering

Kulit muka sanggat kurang menghasilkan sebum atau minyak. kekeringan ketara dapat dilihat pada bahagian bibir. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.
Penjagaan: Gunakan pencuci muka yang berbuih.  Kemudian, cuci dengan air sejuk, kurangkan penggunaan air panas keatas muka. Pengunaan krim pelembab muka juga boleh digunakan setiap 6 jam bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Oily/Berminyak

Jenis kulit muka yang paling tidak diminat kerana membuatkan seseorang seperti tidak menjaga muka. Muka sentiasa kelihatan berkilat terutama di bahagian hidung dan zon T. Kulit muka jenis ini mempunyai liang roma yang sedarhana  besar membuatkan minyak mudah keluar dan terkumpul. Jenis kulit muka ini juga senang mendapat jerawat dan bintik hitam.
Penjagaan: Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Gunakan pencuci muka anti minyak, dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah. Kertas anti minyak juga boleh digunakan apabila sedang melakukan aktiviti harian untuk membuang minyak dimuka.

Kombinasi
Jenis kulit muka kombinasi adalah gabungan kulit muka kering, berminyak dan biasa di bahagian-bahagian tertentu kulit. Kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
Penjagaan: Ramai juga lelaki mempunyai kulit muka jenis ini. anda disarankan menggunakan pencuci muka biasa, jika perlu gunakan produk tertentu untuk bahagian yang kering atau berminyak.

Share this article :

No comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TL - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger