Latest Music :
Home » » Produk Penjagaan Muka

Produk Penjagaan Muka

Saturday 26 January 2013 | 0 comments

Muka lelaki kebiasaannya mengeluarkan 20% lebih kadar minyak daripada kulit muka wanita... Jika hal ini tidak dijaga, masalah jerawat kan bintik hitam akan berlaku... Lelaki kebiasaannya dicadangkan mencuci muka 2 kali sehari iaitu sebelum titur dan selepas bangun dari tidur...

Berbalik pada topik.... Produk penjagaan muka bagi lelaki terbahagi kepada empat produk utama iaitu, pencuci muka, toner, krim malam dan moisturizer....

Tapi biasala... Lelaki kan biasanya nak cepat dan malassss..... Jd kalau nak guna pencuci muka sahaja da cukup bagi jenis kulit muka biasa....(Az pon pkai pencuci muke aje)

Tp tak salah kalau nak cube skali sekala kan.... Jd today Az nak discuss beberapa jenis produk penjagaan muka lelaki...




Pencuci Muka


Pencuci muka lelaki biasanya terdapat banyak jenis yang bertindak mengikut kesesuaian kulit muka tertentu... Kalau nak mencari pencuci muka, ketahui dahulu jenis kulit muka anda... Tp kalau tidak pasti, lebih elok lah anda beli pencuci muka untuk kulit muka biasa sahaja....






Toner


Toner berfungsi bagi membuang segala minyak dan kekotoran di muka, selain itu toner juga bertindak sebagai pengetat liang-liang di muka untuk mengelakkan bintik hitam... Toner biasanya digunakan sebelum keluar rumah atau selepas mandi... Bagi sesiapa yang malassss sanggat nak mencuci muka, toner boleh dijadikan sebagai penganti pencuci muka.... Cara mengunakan toner ialah letakkan toner pada kapas muka (Boleh beli dekat Watson atau Guardian) dan sapu pada kulit muka yang kering...







Moisturizer


Moisturizer bertindak sebagai pelembab kulit bagi mereka yang mempunyai kulit muka yang kering...
Ia juga elok bagi anda yang bekerja didalam penghawa dingin dalam jangka masa yang lama... Terdapat juga banyak jenis perlembab termasuklah anti pernuaan, kulit sensitif dan macam-macam lagi untuk membantu meningkatkan dan menjaga kulit... Warning-Jangan sapu Moisturizer pada bahagian mata...









Krim Mata


Haaaa... Nie adalah sebab kenapa Az tak bagi sapu Moisturizer pada bahagian mata.... Bahagian kelopak kulit mata memerlukan produk khas untuk digunakan.... ini adalah kerana kulit dibahagian mata lebih sensitif daripada kulit muka... bagi mereka yang mempunyai masalah di bahagian mata seperti hitam dibahagian mata atau kulit bahagian mata kendur, boleh mengunakan krim mata...








Scrub Muka


Pernah dengar tentang Scrub?? Mestilahkan... Scrub ini lebih kurang bentuknya seperti pencuci muka tetapi lebih berbiji dan kasar... Fungsi Scrub adalah untuk membuang sel-sel mati pada kilit dan juga daki... Warning- Jangan guna scrub setiap hari kerana ia boleh merosakkan kulit muka... dicadangkan scrub diguna hanya 1 atau 2 kali seminggu...







 





Topeng Muka

Okay.... topeng nie bukan macam topeng Power Rangers or yang seangkatan denganya k.... Topeng muka nie kurang mendapat sambutan dikalangan lelaki sebab kalau apply topeng muka nie kita perlu tunggu dan rehat menenangkan pikiran..... lelaki mana boleh duduk diam sekejap.... Kita kan banyak tanggung jawab... betol tak??? (Alasan.... pergi memancing boleh plak dok diam tggu ikan.... Jd sambil memancing nanti boleh la apply face mask ek...) Topeng muka nie boleh dibeli atau pon dibuat sendiri menggunakan bahan asas dirumah.... Nanti ada masa Az update cara buat face mask ek...








Krim Malam


Krim Malam digunakan sebelum tidur selepas pengunaan toner.... Krim malam ini fungsinya untuk membentuk sel-sel baru kulit selain menegangkan otot-otot muka untuk kelihatan lebih awet muda...





 Foam Pencukur Dan Krim Selepas Bercukur

Okay foam pencukur digunakan untuk melancarkan proses mencukur, untuk mengelakan dari luka atau tersekat-sekat ketika mencukur... Manakala Krim selepas bercukur nie digunakan selepas anda bercukur... Kalau selepas bercukur kadang-kadang kulit muka akan kemerah-merahan dan gatal... Jadi bagi mengelakan masakah ini krim selepas bercukur adalah penyelesaiannya....



Walau bagaimanapon.... Bukan semua perlu digunakan.... Ikut la kemampuan bajet dan masa yang anda ada.... Bagi Az da ada pencuci muka dan scrub je d cukup baik....

Share this article :

No comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TL - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger